Monday, March 23, 2009

SETUP 1000


KAWASAN B (anggaran 5000 pokok) tak tolak
habis lagi..


KAWASAN A (1000 pokok)



Bangsal merangkap tempat berehat dll...

Tanah client utk disetup sebanyak 1000 pokok cabai...terbahagi kepada 2 bahagian A & B,tanah A muat utk 1000 pokok,dan tanah B pula anggaran 5000 pokok,set-up akan dimulakan hujung minggu ini seperti paiping,silvershine..

Monday, March 9, 2009

Set Mini 10




Sabtu 7 Mac,jam 0930 kerja setup set fertigasi mini 10 DIY dilakukan di kediaman Cikgu Yusuf. Setup direquest oleh beliau memandangkan tiada pengalaman dlm kaedah tanaman fertigasi,sekejap je setupnya dengan bantuan mem besor merangkap asst teman sampaikan cik gebu@anak teman pun ikut setup sekali hehehe ngajor mcmana susah cari rejeki.
Kemudian sessi penerangan tentang sistem kepada cikgu yusuf(manual pemasangan disertakan).Lepas setup kami dijamu dgn masakan isteri cikgu yusuf,mee goreng kicap+nugget+milo,alhamdulillah syukur sedapp....
Minggu depan edisi set-up 1k pokok di ladang client insyaallah akan diuploadkan gambar2 dan alhamdulillah rezeki untuk setup ni makin mencurah,rezeki yg dikurniakan allah swt yg penting Berusaha,Berdoa,Bertawakkal dan Bersolat (Belia 4B).

Ada juga kawan2 ofis di media dulu calling2 bertanya khabar,mcmana kehidupan selepas BERSARA AWAL hehehe,teman jawap rejeki allah turunkan DIMANA JUA ANDA BERADA (motto x comp teman dulu),malah lepas bersara awal ni,hidup makin tenang,masa teratur,byk masa utk mendidik anak dan keluarga berbanding kerja dahulu yang penuh kekalutan dan berhadapan dgn manusia yang loba yang halal haram deme tak hirau.Yang penting nak solat/ wirid pun GGM tak bising (sebab sendiri tokeh kuli dan mandur hehehe).

Wednesday, February 18, 2009

Serangga Perosak Baharu



Hari nie periksa pokok2 cili teman,tgh belek2 pokok ada pulak serangan terbaharu,hitam daun dikerjakan,nasib baik 2 pokok je.Tp skang ni dah guna teknik semi fertigasi,dimana pembajaan manual iaitu menggaulkan baja2 konvensional bersama media,dan penyiraman menggunakan dripper,tak tahan le baja AB tak turun herge...Seguni NPK Yara Super Blue teman dpt dgn diskaun RM135 seguni 50kg.Baja kemudian diolah mengikut kreativiti sendiri.

Sunday, February 15, 2009

PROJEK MINI DIY




13/02/09-Projek cuba2 mini fertigasi 10setDIY,saje je testing market area teman ni,harga standard mcm harga kawan2 yang lainiaitu RM 180 termasuk penghantaran melalui pos,cuma bab baja je yg letih kena sukat balik...rasa2 kena contact kawan2 bg stok baja 10liter ni..Maaflah gambar set tak complete maklumlah testing mode..

14/02/09- Pagi ni attend course usahawan kelolaan SG, big M big, T, Belia 4 B,lain mcm rasa join belialah pulak hehehehe,kursus byk berkaitan dgn hal2 mcmana nak jd usahawan.Saje je attend nak tgk camne org buat presentation,bab yg besh kursus ni ada CF tp bkn cili daaa...CF KENTANG,kentang lak nak kena tanam kat tempat tanah tinggi,apapun namecard dah diberi pada Chairmannya seorg Dato' melayu yg very humble dan ottai dlm agroculture.Ada jugak kenal2 org MLM tapi teman tak minat MLM,sambil2 berehat mkn tghari kesempatan menghulur Flyers Set Mini 10 DIY kpd peserta2 kursus,terkejut jugak ramai yg tak mengetahui kewujudan sistem fertigasi ni,almaklumlah semua minat dgn sistem MLM jee...Apa2 pun ptg td dah dapat customer Mini Set 10,Alhamdulillah rezeki.

Thursday, February 12, 2009

TESCO DAN ROCK MELON



Pagi tadi teman gie TESCO area kawasan teman saje jejalan cari bahan,Rock melon masuk TESCO..ingat produk local/tempatan tapi belek punya belek "ROCK MELON INDONESIA"...patutlah lebam sana sini benyek pun ada,tapi harga dekat2 RM 5.00,itupun kecik je,ada yg dah dibelah harga setengah RM3.50.Pelik mcmlah takde pengusaha rock melon kat malaysia ni sampai kena import dari seberang yea..

Lepas tu sempat jenguk2 cili besor,harga cili besor RM 12.99 tapi kualiti kecut sana sini+lecur,hasil keluaran tanah tinggi(yg dipaparkan),tanya officer bhgn sayuran yg kebetulan bertugas kat situ,siapa pengedar besar,deme kata biasalah org tanah tinggi sepet,terfikir gak camne "kerabat2 kita"ni nak tembus pasaran mata sepet ni yek..

Tgh dok telek2 buah tu dgn camera phone,terperasan MATO2 "officer depa le" tajam je matanya,siap tanya ya encik apa bikin..automatik tercakap "Ini buah byk cantik la,ada jaring2 tak pernah nampak,boleh ambik gambar " fuhhhh selamat aku alasan menjadik..Pengajarannya nak ambik gambar kena tgk line clear

Saturday, February 7, 2009

Lama Tak Update





Minta maaflah pada bloggers yg mengikuti blog saya yg tak seberapa ni,kerana lama tak Update blog Cili Besau saya nie.Projek masih lagi berjalan tp ditempat lama,tempat baru blm mula lagi berikutan masalah2 teknikal yg tak dapat dielakkan walaupun cuba dielakkan.Pada masa nie cubaan menanam benih lain pula iaitu F1 151 sebanyak 100pkk,selain 8339 dan 568.Perancangan juga sedang dilakukan untuk menjadi pengedar barang2 pertanian & peralatan fertigasi,doakan berjaya yea..