Thursday, December 11, 2008




Projek cili berehat sementara berikutan laporan
kajicuaca hujan dan ribut petir...cabaran bg yang
buat tanaman secara terbuka...
Sementelah berehat ni,jenguk2 kawasan jiran yg tanam sayur..
kek sobolah yo,jenguk2 mak aiii ponuh dgn ternakan serangga perosak.
Jom kita hayati gambar2 yang menggerunkan ini.
Zasssssss


achi achi achi met...mcm citer alibaba daa askar
dia


Sarjan target dikenalpasti nyum nyum nyum



Yang besar tu Panglima Angkatan Bersekutu

Thursday, December 4, 2008

KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Qur’an). Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar.

Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi

Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu

Wal-Awwalu wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu

Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl la yamutu

Bi-yadihil-khayr wa huwa ‘ala kulli shay’in Qadir.

Ertinya:

Tiada yang disembah melainkan Allah

Allah Maha Besar Maha Suci Engkau

Segala Puji Bagi Allah

Aku memohon Ampun kepada Allah

Tiada yang patut disembah melainkan Dia

Dia yang awal Dia yang akhir

Dia yang zahir Dia yang bathin

Yang menghidupkan Yang mematikan

Dia yang hidup tanpa mati

Pada-Nya segala kebaikan

Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni, kedua : terlepas daripada siksaan neraka, ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan, keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat, kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a., keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil, ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga, kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga, kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan, kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.


* ihsan dari http://alivewire.wordpress.com

Thursday, November 20, 2008

PROJEK FASA 3






Projek fasa 3 akan datang...tanah seluas 30 ekar milik kerajaan negeri @ tanah TOL,tp nak guna sikit je,mula2 sampai termenung juga..tak larat nak usaha sorang2 nie..Tgh termenung tu abg yg tolong ukur tanah bg idea..ko buat sikit dulu..tak rugi mohon banyak..nanti ada modal perluaskan lagi..Capua-capua,darab bahagi byk juga kena bikin..parit pagar kambus bhgn yg lopak...bhgn yg mcm lombong boleh dijadikan tadahan air ...dah save bab air..kena beli generator utk pam air dgn supply power..kawasan tu pun laluan BIG BROTHER @ lembu kerbau yang diternak secara Haram(bkn melayu punya tau)..syok kalau ada senapang ni hehehehe...takpun jadi partner boleh belajar cara2 ternak lembu/kerbau...

Mcm2 ragam dan karenah masa nak mohon tanah ni..mcm kita berpegang pd agama islam,kena byk2 bersabar,silap2 boleh bertekak sbb dah la mohon kena bayar,lepas tu tak kena gaya ada yg mintak duit KOPI O..kalau belanja kopi o tu ok lah jugak...Perkara ni terkena pd saya tahun lepas sampai tanah yg dimohon tau2 je dah diteroka haram tanam sawit dek CHA YA NUN... tp ada hikmah juga,kawasan tu tak elok sbb byk ulat2 dari hutan berdekatan..

Apapun pengajaran yang diperolehi.. kita kena pantas bertindak bila dpt sesuatu..mcm kaum cha ya tu..bila dapat je diaorg terus TERJAH..tp kita terjah gunakan saluran yg betul dulu..nak tips2 boleh tanya sahabat kita RINTISHIJAU hehehe..

SAKI BAKI POKOK




Setelah berbulan2 berkhidmat mengeluarkan hasil kpd kami maka ini saje yg tggl utk hasil yang terakhir,lepas ni kena dikuburkan sbb byk kena penyakit ...nak dkt2 proses...ni makin byk lak bunga dia keluar...

Wednesday, November 19, 2008

PURPLE CILI API + KG







Purple cili ,benih dapat dari sahabat Bangla Nursery area Sg Buloh,dulu selalu beli barang kat kedai dia dpt diskaun lagi..Dah 10 bulan pokok ni bertapa sorang2 dilaman rumah ditrim dan dibaja...bila dipindah ke kawasan tanaman cili beso,pokok ni menambat perhatian org ramai yg menjeguk pagar yang dikanvas...Timbul idea dari isteri untuk membuat benih dari induknya,boleh dijual dijadikan perhiasan halaman rumah..ok jugak idea tu yek..dan dari benih dapat disemai 40pkk purple bird dicampur dengan 15pkk cili kg untuk testing jugak..

Jika ada sahabat2 yg ada pengalaman dlm menanam cili padi@cili kg boleh lah kita bertukar2 berkongsi ilmu yea..

*MD NOR ko dah tanam cili api kat sg buloh tu boleh bg info skit...lama tak call yek..bz jugak tokeh HONDA ni

PROJEK MELON







Yang ini projek mini MELON benih campur2 dapat masa kursus kat Sijangjang dulu Sifu Suzaidi bagi...Bab nie dijalanka oleh Peg Pemasaran(wife) saya disebabkan minat beliau kepada tanaman MELON.. dibuat secara open dan pembajaan pula diambil dari tangki yg sama supply ke pokok cili..Hasil cubaan dapat sebesar tapak tangan(rock melon) dan kurang manis sebab ingredient baja tak sama..Experiment berjaya sebyk 5 pokok aje...

*Kepada MD NOR...hari tu ko cakap buah melon abg "samseng" sebab byk parut hehehe..kurang pandai lagi le..

SERANGAN PENYAKIT & SERANGGA










Serangan penyakit dan serangga adalah sinonim bagi penanam-penanam cili/lada/cabai,yang teramat penting jadual meracun dan kekerapan..Inilah akibat jika lalai/terleka...terjadi pada saya ketika asyik melayan cuti hari raya yang lepas..1minggu terlepas pandang akibatnya hampir 200 kena serangan WWF@white fly,GERAM teramat sangat disemburkan sabun CAP X kerana tk sempat nak bancuh racun bergelimpangan WWF yg agak besor2...Kesimpulannya walaupun cuti raya kita kena korbankan masa utk tanaman kita.Terima kasih teramat pada ABG MAT BJ dan sahabat BJ yang lain kerana memberi info2 berguna kepada saya...

Tuesday, November 18, 2008

HASIL TITIK PELUH




Inilah hasilnya setelah berperah tenaga,modal,semangat...cili merah beso...tuai time bulan pose pulak tu..tgh panas terik..yg ni pic separuh je..alhamdulillah syukur kpd allah azza wajalla..dapatlah utk hari tu rezeki cili memang berbaloi..., dan hasil dijual direct ke restoren2 makan dan pasar besar dgn harga yang ditetapkan oleh Marketing Planner saya iaitu RM7.50 tak kira turun atau naik dan hasil kami sendiri hantar,dan harga tersebut dipersetujui oleh tokeh2 disitu,almaklumlah kebykan mereka bergantung kepada supplier tanah tinggi,so dah save kos mereka ..Jika usaha bersungguh2 dan diusahakan berskala besar,maka pendapatan untuk para petani moden boleh mengalahkan gaji CEO company beso-beso....

Pada belia-belia melayu bangunlah..buang sikap malas+suka khayal+sikap lepak...Potensi dalam bidang AGRO tak kira menternak,bertani,dll sungguh meluas dan mendatang hasil lumayan..

FASA 2

2






Ini adalah projek fasa ke 2 setelah projek pertama berjaya,tanah tak luas hanya 1/4 ekar saje,sebelah rumah ada rumah kosong,so survey dan cari owner utk sewa dan buat agreement.Proses pembersihan dilakukan,penat jugalah sebab dah semak dan ada juga pokok2 besar...Segala peralatan,baja,racun budget sendiri,pemasangan sendiri so save costing in instalation le,kawasan berhampiran kena letak kanvas sbb belakang ada reban ayam owner sepet....Fasa 2 ni dapat masuk 1000pkk cili penuh kawasan...
Setelah 90hari pkk pun dah berbuah,boleh tahan juga,sedap mata memandang bila dah ada hasil...Ptg hari tu ada satu tokeh cina restoren makan tanya"lu boleh supply i punya kedai makan ka,mau bikin sos sama cili jeruk.."alamak...cili baru je buah,tak tau hasil berapa banyak,dah ada org tanya...Balik rumah bincang dgn peg pemasaran(wife tercinta),dia yg jadi marketing officer dan lucky to have her coz she can talk in Chinese...so boleh kautim dgn tokeh tu..


*byk pic tak dpt ambik,memandangkan satu tokeh +kuli+mandur+++

PROJEK 200 POKOK






Setelah berkursus & mempelajari teknik2 fertigasi maka cubaan menanam sebyk 200 pkk dihalaman rumah di kg,area Perak,mula2 pakai manual je,sebab stok tangki takde.Pelbagai ragam insan yg dihadapi antaranya..."Boleh ke buat tu,dulu kerja ofis je.." Begitulah hakikat manusia yang berpandangan Negatif,tapi semua tu mulut manusia,tak dtgkan apa pun..Yang penting berusaha,beriktikad,tawakal dan berdoa kpdNya..

Saturday, November 15, 2008

Kursus Fertigasi Sijangkang & Bicara Tani





Setelah membuat research maka tekad dibuat utk menceburi bidang pertanian fertigasi cili ini,pelbagai rujukan dibuat dan pelbagai kursus diintai,maka pd bulan April 2008 mmg rezeki krn KBS,PUGM dgn kerjasama JH PESONA membuat kursus fertigasi di sijangkang dgn bayaran yang memang berbaloi selama 4hr 3mlm,segala ilmu yang dicurahkan oleh SIFU suzaidi dan hanif dan Prof Mahmod UPM,tak dpt dilupakan moga allah mencurahkan rezeki dan rahmatnya pada kalian...Dsusuli pula forum BICARA TANI di Jabatan Pertanian Batang Padang Tapah,disini juga banyak info diberikan,info yang diperolehi indeks import brg mkanan malaysia hampir 85%(dlm sektor pertanian+penternakan)..Maka peluang utk kita rakyat m'sia adalah besar utk memajukan bidang usahawan tani dan ternak ini.

Cubaan Tanam Cili




Nie cubaan tanam cili di rmh,hujung thn 2007,try buat cara manual,benih beli kat pasaraya kt area Damai Sbg Bestari(rumah lama),itupun pembajaan cara manual,guna baja dari nursery dan percubaan berjaya & berhasil bila pokok cili berbuah.Ini menambah minat lagi untuk mendalami minat dlm penanaman cili secara meluas lagi...

Thursday, November 13, 2008

BlogKu

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Akhirnya setelah melibatkan diri dlm bidang Agro nie,setelah membaca blog kawan2,barulah timbul minat nak buat blog sendiri,itupun buat tgh2 mlm sbb siang dgn kebun,mlm dgn anak isteri tershenta.Diharapkan dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dgn sahabat2 sekelian,semoga segala usaha kita semua diberkati & dirahmati olehNya.. Aminn..

Wednesday, November 12, 2008