Sunday, April 25, 2010

PERTANIAN DIPANDANG TIDAK MENGUNTUNGKAN



Akhirnya....setelah hampir 2 tahun menunggu,tanah yg hampir 10 ekar yg dipohon melalui saluran yang betul...proses yang betul...jalan yang betul dan lurus..Permohonan tanah TOL untuk tujuan pertanian berkelompok ini telah "DITOLAK" atas alasan "mau bikin PPRT maa"
sekali lagi den terkono,lupa pulak zaman tu pemerintahan zaman rejim Shepet,sikitul dah sain dah tak boleh buat apolah kot..Pertanian tidak dipandang tinggi disini..Kawasan tanah lembah tu pun nak dibaginya Mato Shepet...nasib nasib..bila org melayu nak maju di negara sendiri..

Surat penolakan tersebut ditunjukkan kepada peserta2...geleng kepala semua..Ada yang kata "masa ko mohon ko tak letak sampul surat tebai kot kat opiser tu"..mulanya tak faham..fikir2 oooooo...sampul tebai dgn kertas muka "Agung"tu..patutlah kot tak dapat.Tak ada rezeki la tu..kalau betul kena bg sampul tebai..biarlah diaorg org2 ....yg tempah tiket ke "KAWAH BERAPI".Hari selasa ni teman nak gie jumpa MB,ada hari bersama rakyat,nak tanya kenapa 2 tahun baru diberi alasan tanah nak buat PPRT..Pertanian pun menjana ekonomi negara juga..betul idok..

Yang penting tanah kat mesia ni luas...mari kita terjah..mcm si sepet terjah sampai hutan pun jd gondol.

1 comment:

Sham said...

salam tuan tanah...

sekadar nak kongsi cerita rakan bumi kita...


Pertahan tanah adat, penduduk Penan diserang
Keruah Usit
Jun 23, 10
11:36am
Polis Sarawak didakwa menyokong keganasan apabila membenarkan syarikat pembalakan Lee Ling Sdn Bhd, membubarkan sekatan di jalan-jalan balak di kawasan penempatan peribumi Sarawak di Limbang.


Merujuk kepada kejadian 20 Jun lalu, kumpulan pejuang hak kaum peribumi, Yayasan Bruno Manser (BMF), berkata Lee Ling menghantar tiga anggota polis yang tidak berpakaian seragam dengan kenderaan syarikat berkenaan ke kawasan sekatan di Long Sebayang.

Seorang anggota polis itu yang dilengkapi dengan sepucuk pistol dan mengarahkan penduduk sekitar supaya yang membubarkan sekatan dan memberi laluan kepada Lee Ling untuk membawa keluar balak yang ditebang.

Menurut penduduk tempatan, Lee Ling bercadang untuk menebang pokok di kawasan berkenaan dan menjadikannya sebagai kawasan perladangan.


Sekatan berkenaan didirikan oleh penduduk Lun Bawang, Penan dan Tabun dari kampung sekitar sebagai usaha terdesak mereka sejak kebelakangan ini bagi menghalang tanah adat dan pusaka mereka daripada terus dicabuli. Walaupun banyak sekatan didirikan, sebahagian besarnya telah dirobohkan oleh polis.

Kerajaan Taib tidak mengiktiraf Hak Pusaka Orang Asli (NCR) meskipun ia termaktub dalam adat resam mereka dan juga perlembagaan negeri dan persekutuan.

Penduduk di kawasan pendalaman Limbang itu juga membuat laporan polis mendakwa dikasari oleh pekerja Lee Ling. Namun mereka mendakwa, tiada siasatan polis dijalankan berbanding sokongan yang diberikan kepada syarikat pembalakan itu.


Aking Anung, seorang penduduk Penan dari kampung Long Keneng, membuat laporan polis di Limbang, mendakwa dia diserang di sekatan jalan oleh pengurus Lee Ling yang bernama “Ah New”, pada hari polis membuat lawatan. Dakwa Aking, pengurus itu mengugutnya dengan sebilah parang.

Setelah diserang, Aking berkata dia melarikan diri kerana tidak mahu dicederakan.

Bita Pelisi, seorang lagi penduduk di sekatan jalan itu juga mendakwa “Ah New” menyerangnya di bahagian muka sehingga menyebabkan hidungnya berdarah.

Katanya, pekerja Lee Ling kemudian mengugut penduduk bahawa mereka akan membawa lebih ramai orang untuk membelasah mereka jika sekatan tidak dirobohkan.

Raziah Mahmud, adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, adalah antara lembaga pengarah di firma Quality Concrete, yang merupakan syarikat induk Lee Ling.

patutnya org bumi cam kita dah senang dah kalau pihak yg tuan kata bagoih tu benar2 membela bangsa...

maaf bebanyak n wassalam.