Monday, March 23, 2009

SETUP 1000


KAWASAN B (anggaran 5000 pokok) tak tolak
habis lagi..


KAWASAN A (1000 pokok)



Bangsal merangkap tempat berehat dll...

Tanah client utk disetup sebanyak 1000 pokok cabai...terbahagi kepada 2 bahagian A & B,tanah A muat utk 1000 pokok,dan tanah B pula anggaran 5000 pokok,set-up akan dimulakan hujung minggu ini seperti paiping,silvershine..

Monday, March 9, 2009

Set Mini 10




Sabtu 7 Mac,jam 0930 kerja setup set fertigasi mini 10 DIY dilakukan di kediaman Cikgu Yusuf. Setup direquest oleh beliau memandangkan tiada pengalaman dlm kaedah tanaman fertigasi,sekejap je setupnya dengan bantuan mem besor merangkap asst teman sampaikan cik gebu@anak teman pun ikut setup sekali hehehe ngajor mcmana susah cari rejeki.
Kemudian sessi penerangan tentang sistem kepada cikgu yusuf(manual pemasangan disertakan).Lepas setup kami dijamu dgn masakan isteri cikgu yusuf,mee goreng kicap+nugget+milo,alhamdulillah syukur sedapp....
Minggu depan edisi set-up 1k pokok di ladang client insyaallah akan diuploadkan gambar2 dan alhamdulillah rezeki untuk setup ni makin mencurah,rezeki yg dikurniakan allah swt yg penting Berusaha,Berdoa,Bertawakkal dan Bersolat (Belia 4B).

Ada juga kawan2 ofis di media dulu calling2 bertanya khabar,mcmana kehidupan selepas BERSARA AWAL hehehe,teman jawap rejeki allah turunkan DIMANA JUA ANDA BERADA (motto x comp teman dulu),malah lepas bersara awal ni,hidup makin tenang,masa teratur,byk masa utk mendidik anak dan keluarga berbanding kerja dahulu yang penuh kekalutan dan berhadapan dgn manusia yang loba yang halal haram deme tak hirau.Yang penting nak solat/ wirid pun GGM tak bising (sebab sendiri tokeh kuli dan mandur hehehe).

Wednesday, February 18, 2009

Serangga Perosak Baharu



Hari nie periksa pokok2 cili teman,tgh belek2 pokok ada pulak serangan terbaharu,hitam daun dikerjakan,nasib baik 2 pokok je.Tp skang ni dah guna teknik semi fertigasi,dimana pembajaan manual iaitu menggaulkan baja2 konvensional bersama media,dan penyiraman menggunakan dripper,tak tahan le baja AB tak turun herge...Seguni NPK Yara Super Blue teman dpt dgn diskaun RM135 seguni 50kg.Baja kemudian diolah mengikut kreativiti sendiri.

Sunday, February 15, 2009

PROJEK MINI DIY




13/02/09-Projek cuba2 mini fertigasi 10setDIY,saje je testing market area teman ni,harga standard mcm harga kawan2 yang lainiaitu RM 180 termasuk penghantaran melalui pos,cuma bab baja je yg letih kena sukat balik...rasa2 kena contact kawan2 bg stok baja 10liter ni..Maaflah gambar set tak complete maklumlah testing mode..

14/02/09- Pagi ni attend course usahawan kelolaan SG, big M big, T, Belia 4 B,lain mcm rasa join belialah pulak hehehehe,kursus byk berkaitan dgn hal2 mcmana nak jd usahawan.Saje je attend nak tgk camne org buat presentation,bab yg besh kursus ni ada CF tp bkn cili daaa...CF KENTANG,kentang lak nak kena tanam kat tempat tanah tinggi,apapun namecard dah diberi pada Chairmannya seorg Dato' melayu yg very humble dan ottai dlm agroculture.Ada jugak kenal2 org MLM tapi teman tak minat MLM,sambil2 berehat mkn tghari kesempatan menghulur Flyers Set Mini 10 DIY kpd peserta2 kursus,terkejut jugak ramai yg tak mengetahui kewujudan sistem fertigasi ni,almaklumlah semua minat dgn sistem MLM jee...Apa2 pun ptg td dah dapat customer Mini Set 10,Alhamdulillah rezeki.

Thursday, February 12, 2009

TESCO DAN ROCK MELON



Pagi tadi teman gie TESCO area kawasan teman saje jejalan cari bahan,Rock melon masuk TESCO..ingat produk local/tempatan tapi belek punya belek "ROCK MELON INDONESIA"...patutlah lebam sana sini benyek pun ada,tapi harga dekat2 RM 5.00,itupun kecik je,ada yg dah dibelah harga setengah RM3.50.Pelik mcmlah takde pengusaha rock melon kat malaysia ni sampai kena import dari seberang yea..

Lepas tu sempat jenguk2 cili besor,harga cili besor RM 12.99 tapi kualiti kecut sana sini+lecur,hasil keluaran tanah tinggi(yg dipaparkan),tanya officer bhgn sayuran yg kebetulan bertugas kat situ,siapa pengedar besar,deme kata biasalah org tanah tinggi sepet,terfikir gak camne "kerabat2 kita"ni nak tembus pasaran mata sepet ni yek..

Tgh dok telek2 buah tu dgn camera phone,terperasan MATO2 "officer depa le" tajam je matanya,siap tanya ya encik apa bikin..automatik tercakap "Ini buah byk cantik la,ada jaring2 tak pernah nampak,boleh ambik gambar " fuhhhh selamat aku alasan menjadik..Pengajarannya nak ambik gambar kena tgk line clear

Saturday, February 7, 2009

Lama Tak Update





Minta maaflah pada bloggers yg mengikuti blog saya yg tak seberapa ni,kerana lama tak Update blog Cili Besau saya nie.Projek masih lagi berjalan tp ditempat lama,tempat baru blm mula lagi berikutan masalah2 teknikal yg tak dapat dielakkan walaupun cuba dielakkan.Pada masa nie cubaan menanam benih lain pula iaitu F1 151 sebanyak 100pkk,selain 8339 dan 568.Perancangan juga sedang dilakukan untuk menjadi pengedar barang2 pertanian & peralatan fertigasi,doakan berjaya yea..

Thursday, December 11, 2008




Projek cili berehat sementara berikutan laporan
kajicuaca hujan dan ribut petir...cabaran bg yang
buat tanaman secara terbuka...
Sementelah berehat ni,jenguk2 kawasan jiran yg tanam sayur..
kek sobolah yo,jenguk2 mak aiii ponuh dgn ternakan serangga perosak.
Jom kita hayati gambar2 yang menggerunkan ini.
Zasssssss


achi achi achi met...mcm citer alibaba daa askar
dia


Sarjan target dikenalpasti nyum nyum nyum



Yang besar tu Panglima Angkatan Bersekutu

Thursday, December 4, 2008

KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Qur’an). Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar.

Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi

Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu

Wal-Awwalu wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu

Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl la yamutu

Bi-yadihil-khayr wa huwa ‘ala kulli shay’in Qadir.

Ertinya:

Tiada yang disembah melainkan Allah

Allah Maha Besar Maha Suci Engkau

Segala Puji Bagi Allah

Aku memohon Ampun kepada Allah

Tiada yang patut disembah melainkan Dia

Dia yang awal Dia yang akhir

Dia yang zahir Dia yang bathin

Yang menghidupkan Yang mematikan

Dia yang hidup tanpa mati

Pada-Nya segala kebaikan

Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni, kedua : terlepas daripada siksaan neraka, ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan, keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat, kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a., keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil, ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga, kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga, kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan, kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.


* ihsan dari http://alivewire.wordpress.com

Thursday, November 20, 2008

PROJEK FASA 3






Projek fasa 3 akan datang...tanah seluas 30 ekar milik kerajaan negeri @ tanah TOL,tp nak guna sikit je,mula2 sampai termenung juga..tak larat nak usaha sorang2 nie..Tgh termenung tu abg yg tolong ukur tanah bg idea..ko buat sikit dulu..tak rugi mohon banyak..nanti ada modal perluaskan lagi..Capua-capua,darab bahagi byk juga kena bikin..parit pagar kambus bhgn yg lopak...bhgn yg mcm lombong boleh dijadikan tadahan air ...dah save bab air..kena beli generator utk pam air dgn supply power..kawasan tu pun laluan BIG BROTHER @ lembu kerbau yang diternak secara Haram(bkn melayu punya tau)..syok kalau ada senapang ni hehehehe...takpun jadi partner boleh belajar cara2 ternak lembu/kerbau...

Mcm2 ragam dan karenah masa nak mohon tanah ni..mcm kita berpegang pd agama islam,kena byk2 bersabar,silap2 boleh bertekak sbb dah la mohon kena bayar,lepas tu tak kena gaya ada yg mintak duit KOPI O..kalau belanja kopi o tu ok lah jugak...Perkara ni terkena pd saya tahun lepas sampai tanah yg dimohon tau2 je dah diteroka haram tanam sawit dek CHA YA NUN... tp ada hikmah juga,kawasan tu tak elok sbb byk ulat2 dari hutan berdekatan..

Apapun pengajaran yang diperolehi.. kita kena pantas bertindak bila dpt sesuatu..mcm kaum cha ya tu..bila dapat je diaorg terus TERJAH..tp kita terjah gunakan saluran yg betul dulu..nak tips2 boleh tanya sahabat kita RINTISHIJAU hehehe..

SAKI BAKI POKOK




Setelah berbulan2 berkhidmat mengeluarkan hasil kpd kami maka ini saje yg tggl utk hasil yang terakhir,lepas ni kena dikuburkan sbb byk kena penyakit ...nak dkt2 proses...ni makin byk lak bunga dia keluar...