Thursday, December 11, 2008




Projek cili berehat sementara berikutan laporan
kajicuaca hujan dan ribut petir...cabaran bg yang
buat tanaman secara terbuka...
Sementelah berehat ni,jenguk2 kawasan jiran yg tanam sayur..
kek sobolah yo,jenguk2 mak aiii ponuh dgn ternakan serangga perosak.
Jom kita hayati gambar2 yang menggerunkan ini.
Zasssssss


achi achi achi met...mcm citer alibaba daa askar
dia


Sarjan target dikenalpasti nyum nyum nyum



Yang besar tu Panglima Angkatan Bersekutu

Thursday, December 4, 2008

KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Qur’an). Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar.

Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi

Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu

Wal-Awwalu wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu

Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl la yamutu

Bi-yadihil-khayr wa huwa ‘ala kulli shay’in Qadir.

Ertinya:

Tiada yang disembah melainkan Allah

Allah Maha Besar Maha Suci Engkau

Segala Puji Bagi Allah

Aku memohon Ampun kepada Allah

Tiada yang patut disembah melainkan Dia

Dia yang awal Dia yang akhir

Dia yang zahir Dia yang bathin

Yang menghidupkan Yang mematikan

Dia yang hidup tanpa mati

Pada-Nya segala kebaikan

Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni, kedua : terlepas daripada siksaan neraka, ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan, keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat, kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a., keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil, ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga, kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga, kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan, kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.


* ihsan dari http://alivewire.wordpress.com